:)
hari ni adalah hari yg sangat meletihkan, memenatkan, mengepakkan, me itu dan me ini. haha. :D
maaf. aku sgt mengarut utk post kali ini kerana bdn ku layu, tgn ku kaku, mata ku ayu, mulutku membisu, hatiku pilu, jiwa ku tilu, nafasku mengganggu dan otak ku bercelaru.
hari ni, smua perasaan ku bercampur. terharu ada, gembira ada , syok sendiri ada, sedeh ada, pilu ada, smua ada. mcm garam dcampurkan dgn gula dan diletakkan asam dan dbubuh cili, kemudian disimbah cuka lalu dperahkan asam jawa. gaol hingga sebati dan perapkan hingga secukup rasa.
aku tak taw apa rasa resepi aku ni, tp, begitulah rasa ku pada saat, detik dan tika waktu ini.
YA ALLAH ..
esok dah tahun baru. cuba tanya padaku, apa azam baruku ? kalau aku jwb aku tiada azam baru, mesti korg akan cakap aku ni ini, aku ni itu . apa ? kenapa ? aku tak kisah . sbb bagiku, azam baru itu, bukanlah hanya untuk di tahun baru. azam baru itu adalah dilaksanakan apabila kt benar2 ingin melakukan perubahan yg baru. aku hanya ada satu yg ingin aku capai, mungkin tidak sehebat, mungkin juga tidak se-Gah azam korg, tp, tak apa kan ? aku hanya ingin menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari. ingin sentiasa berdiri di kaki sendiri. itu saja. jika impian yg sekecil itu pun aku mungkin tidak mampu utk mencapainya pada tahun lalu, aku rasa, aku tidak perlu berazam tinggi pada tahun ini kerana sangat2 tidak berguna. tahun lepas, aku juga tidak punya azam yg tggi. kerana azam ku hanya sentiasa menginginkan yg baik dan terbaik. itu saja.
ok, lenkali aku merepek lagi. aku letih. otak pun letih. badan pun letih. mata apatah lagi. mula memanjakan diri. menyampah. maaf ya tahun baru. post kau, dilaksanakan pada waktu yg bersemangat, NANTI.
No comments:
Post a Comment