the best among the best !

Monday, January 16, 2012

"perpisahan itu bukan kemahuanku."

* * * * * *
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Yuna Zarai- penakut

* * * * * *

"jom."
"pegi mana?" aku terpinga.
"adalah ~" jawabnya selamba.
aku mengecilkan kelopak mata untuk menduga hatinya. dia hanya tersenyum menoleh ke arah jam tangannya. aku termangu seketika.
"apa pulak kali ni." soalku sendiri dalam hati.
"jom la bidadari hati. takyah fikir panjang. penat berdiri ni."
"5 minutes , please ?"
"waiting.. anyway, touch up sikit boleh? sikit je. tak pucat sangat muka u." sambil mengeyitkan mata, dia berlalu. aku semakin terpinga. agenda apa lagi kali ni. entah sampai bila hati ini akan terbuka kembali untuk insan yang seikhlas itu.

sejurus aku melabuhkan punggung ke dalam keretanya. aku terus duduk berdiam diri. fikiranku kosong. selesai menutupkan pintu kereta untuk ku. dia kembali masuk ke dalam kereta nya. dia tersenyum melihat ke arah ku. dahi ku kerut seribu. tidak faham dengan eye contact yg dilepemparkan. dia tersengeh lalu menarik safety belt dari tempat duduk ku dan memasangkan dengan selamba. aku sedikit berdebar. selesai itu aku bersuara.

"jalan."
"okay mem."
aku senyum sambil mengerling ke arahnya. nampaknya, mood aku kembali pulih. aku menarik nafas sedalam mungkin dan melepaskannya dengan perlahan. semoga keluar segala keresahan di hatiku. aku menguatkan volume radio keretanya sambil membuang pandang ke luar. aku mengelamun lagi. perjalan kami bergerak lancar.

setibanya di destinasi, aku melihat sekeliling tempat itu dari dalam kereta. tersenyum sendiri. dia melihatku sambil tersenyum penuh makna. aku membuka pintu kereta tanpa menunggu dia membukakan untuk ku. aku bukan princess! bukan juga budak hingusan yg tidak tahu membuka pintu kereta sendiri. aku menunggu dia mendekatiku sambil berdiam buat tidak mengerti apa tujuannya mengajak aku ke sini.

"jom, isi perut dulu." sambil menarik tanganku. aku terdorong ke depan kerana tarikkan nya yang mengejut. lalu ku tarik semula tangannya sehingga kaki nya terhenti dan menoleh ke arahku sambil mengangkat kening.
"tak takut ke girlfriend you tengok?" aku menduga.
"buat masa ni, you lah girlfriend i." sambil mengenyitkan mata. aku terkedu tanpa suara !

selesai menjamu selera dan bergelak ketawa. dia mengajak ku keluar dari tempat makan tersebut dan duduk di depan kereta sambil melihat pemandangan yang begitu indah dan menarik perhatian ku. sememangnya, dia tahu aku suka menenangkan diri di situ di kala hati ini tidak ingin mengadu dengan siapa pun kecuali si Pencipta dunia dan keseluruhan alam semesta.
dengan angin yang begitu membuaikan, aku meninggalkan dia yang duduk di bumbung kereta depannya. dengan berhati-hati aku duduk di atas rumput sambil melihat kesibukan kota di keheningan senja. setelah 5 minit aku menenangkan diri tanpa membuat apa-apa, aku mencapai sebuah buku yg sering ku bawa ke mana-mana bersama sebatang pen bewarna hitam. helaian demi helaian ku selak hingga terjumpa helaian kosong aku memberhentikan tanganku, membuka tudung pen, melihat sejenak ke awan, lalu menulis apa yang berada di minda ku saat itu.
* * * * *
Kesetiaan menghalangi aku untuk pindah ke hati lain dan berjanji untuk tidak melukai..
Mendambakan sebuah cinta yang hanya akan kekal denganmu, bersamamu sehingga ke saat yang pasti itu..
Tapi sesungguhnya, kudrat bukanlah di tanganku. jodoh itu, bukanlah ketentuanku. pertemuaan itu bukanlah rancanganku, perpisahan itu bukanlah kemahuanku..
aku merelakannya atas kehendakMu.

Padamu pernah ku alunkan kata rindu, sayangku dulu, kini menjadi sendu.
aku tinggalkan lara, lalu terputuslah cintaku yang satu itu.
Di akhir kali pertemuan yang pilu, engkau tahu kau akan meninggalkanku.
Kau palitkan kesal menunggumu. kau lemparkan rasa cinta dan sayangmu.
kau noktahkan cerita itu.
Kesalahan kau pautkan di jiwaku, kau nampakkan keangkuhanmu.
kau tunjukkan keras hatimu.
kerana aku adalah seorang insan yang sentiasa menuntut keredhaanNya,
Kurelai cinta itu pergi. ku cekalkan hati untuk terus berdiri.

Kuhayunkan langkah kaki. kadangkala ku berhenti dan menoleh kembali.
hati ini tidak putus berdoa. semoga nanti, ada insan yang luhur, sehati.
tidak putus asa mencari dan kemudiannya menjumpai insan yang dia cari selama ini.

* * * * *
aku menutup buku lantas berdiri dan menuju ke arah dia. dia termenung melihatku sehingga tidak sedar aku sudah berada di depan mata. aku tersenyum. hidung mancungnya ku tarik membuatkan dia terkebil-kebil memandangku.
"jom balik ! hari dah lewat."
"tapi.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku telah menutup pintu kereta tanda aku sudah bersedia untuk balik.

hasrat hati tidak tercapai lagi..


selamat membaca !
salam sayang,


notacintaSiBUNGA : tiba2 mlm ni mood si bunga ingin be-cerpen. sudah lama tidak bekarya, ceritanya mungkin sedikit dalam tanpa dihaluskan. :)

3 comments:

Eein Azryn said...

leh polah novel tok. :)

zyralleeya said...

best best.. :)

Fiffy Flower said...

@eein : insyaAllah mun ada rezeki. ;)
@zyralleeya : thank you. rajin2 la singgah ;)

thanks for coming !