the best among the best !

Saturday, September 10, 2011

menulis bukan kerna nama.

salam.

tidak perlu pembuka bicara. biar aku terus bercerita.

aku menulis bukan kerna nama. jika kau masih ingat dengan bibit lagu itu. teruskanlah membaca.

Penulis adalah manusia yang fasih berpura-pura. bukan bermaksud aku mengutuk penulis. biar positif fikiranmu. habiskan dahulu bacaanmu. penulis mampu menuliskan bahagia pada saat hatinya derita. penulis tega mengukirkan senyum pada ketika hatinya benci. namun tetap ada suatu yang pasti, penulis menuliskan perkara tersebut kerana pujukan niat yang baik, niat untuk berkongsi sesuatu.

Penulis juga adalah manusia yang dekat dengan neraka. bersabar. bukan niatku untuk mengutukmu bahkan membunuh niat hati sendiri. maksudku, mereka sudah melangkahkan sebelah kakinya ke neraka saat mereka menuliskan sesuatu yang jelek dan menghitamkan hati pembaca ataupun menuliskan benci yang memusnahkan bahagia.

Penulis juga adalah manusia yang sudah meletakkan sebelah kakinya di dalam syurga, pada saat mereka menuliskan sesuatu yang membuatkan ramai manusia berusaha menjadi hamba yang mencari redha dan rahmat Allah. namun, yang paling pasti, dalam semua kisah penulis, bukan semua kisah yang bahagia. bukan semua mengundang nestapa.

dipetik dari penulis Bahruddin Bekri dari novel - Penulis Yang Disayang Tuhan.

karyanya ku ubah sedikit. tp sepenuhnya kata2 di atas ku ambil dari novel beliau.
sampai sini. ada umur, aku menulis lagi. bukan niatku untuk berhenti menulis. tapi perjalananku masih jauh harus ku langkah, harus ku redah.

buat adik2 yang membaca, terima kasih kerana membuatkan hasil penulisan ku sebagai rujukan kalian, sebagai inspirasi untuk anda sebelum peperiksaan yang sebenar. selamat maju jaya.
sesungguhnya, aku tidak pernah terfikir, setiap penulisanku boleh menjadi inspirasi untuk pelajar upsr, pmr dan spm. prinsipku ketika menulis hanya satu,

"ikhlaskan hatimu ketika menulis, lapangkan dadamu ketika menangis."




No comments:

thanks for coming !