the best among the best !

Friday, October 14, 2011

rapuh.

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


rapuh - Opick

* * * * *
salam. :)

sudah lama aku tidak mengadu domba denganmu. jauh sekali bermanja atau bermesra. hanya sesekali aku menjengukmu untuk meyakinkan dirimu, bahawa aku masih di sini. untuk itu aku berterima kasih, kerana masih setia denganku seperti janji kita dulu. sekali aku melafazkan janji, selamanya aku sentiasa akan cuba untuk menepati. aku tahu, aku insan biasa. dan aku tahu, mulutku manis apabila meluahkan kata. dan aku tahu, aku bukanlah sweet-talker semata. kenapa ? kerana aku dilahirkan ke dunia bukanlah hanya untuk meluahkan kata manis, jauh sekali meluahkan racun berbisa yang berbunyi sinis. kepakaranku bukan di situ. :)

kehidupan ?
seperti biasa. sekejap aku di atas. sekejap aku di bawah. di tgh2 ? jarang sekali aku dpt mengecapi rasa itu. seperti mana putaran bumi, seperti itulah kehidupanku. seperti mana keadaan cuaca, begitulah cerita hidupku. seperti mana kejadian siang dan malam, seperti itu lah corak hidupku. lumrah kehidupan bukan ? apabila kita sentiasa ingin membuat yg terbaik , pada saat dan ketika itu jugalah kita akan sentiasa di uji. dan pada saat itu jugalah aku sentiasa bermain dgn perasaan hati ku.

persahabatan ?
juga seperti biasa. ada yg semakin rapat. ada juga yang semakin jauh. permusuhan tidak pernah ku tulis dalah kamus kehidupanku sama sekali. jika ada yg memusuhiku, aku tunduk tanda aku merendah diri dan perdamaian yang aku cari. bukan kerna takut. tp aku bukan lawanmu. bukan aku pengecut, tp engkau bukan lawanku. maruahku tetap aku letak tinggi sebagai bukti nama "ASNA" ku benar2 hadir dalam hidup seorang gadis seperti aku. sekali cabaran diberi, selagi maruahku masih terjaga rapi, aku tetap akan mengundur diri. kerana aku insan yg punya harga diri. tapi ingat, kesabaran manusia ada batasnya. sekali aku melangkah gagah, tidak akan aku menyerah kalah. persahabatan juga salah satu dari masalah yg sering aku hadapi pada saat dan ketika ini. dari aku terus bermuka dua, aku lebih rela menjauhkan diri. oleh itu, maafkan aku jika aku tidak seperti dulu. bukan niatku untuk sombong atau terus melupakan persahabatan itu. aku hanya tidak mahu bermuka dua dgn mu. biar masa dan ketika mengatur itu semua.

seperti biasa, permulaan penulisan ku sentiasa kaku dan otak pun membeku. aku rindu saudara2 sepermainanku sewaktu kecil. bukan jodoh kami untuk bermesra ketika raya tahun ini. pasrah dan aku redha. sepertinya, semakin meningkat dewasa, terasa jarak yg semakin jauh di antara kita. masing2 sibuk dengan kehidupan sendiri. begitu juga aku. namun aku bersyukur. kerana aku dididik untuk mengutamakan keluarga terlebih dahulu. bukan kawan mahupun pasangan. maaf jika ada sesiapa yg terasa.

biar gambar menceritakan segala ya.

:)

dan hero hero di atas ini pula teman sepermainan ku dari kecil. juga bodyguard terbaik ku. :D

sampai di sini.

selamat membaca & selamat beramal !
:)



1 comment:

Unknown said...

tatkala masa & jarak menjauh.. hati senantiasa akan bersangkaran.. hanya terbaik yg diinginkan.. walau luka telah sembuh.. mampu mata hati sentiasa berfikiran akn ttg keburukan.. mungkin kita kurang fahami akan perasaan.. namun, segalanya sentiasa dihati & sanubari.. lupakan sengketa, walaupun ia pedih utk dibuang.. kerna air tiada putusnya jika dibelah.. hanya maut yg memutuskan segalanya...

:p good luck!!

thanks for coming !