mereka tak tahu.
salam. :)
hari ni nak menulis tentang si buah hati. mungkin tak banyak yg ingin diceritakan. tp, tak mengapa. biar gambar yg menceritakan betapa akrab hubungan saya dan si buah hati saya. buah hati, si penawar duka, dan si manja saya.
jangan tak tahu, selain mak abah, saya punya seorang lagi yg punya kepakaran dan sekaligus menjadi penawar duka saya. ramai yg bertanya, mcm mana lah dia tu boleh jadi penawar duka saya di kala jiwa saya sedang retak, berkecamuk dan macam2 perasaan yg ntah apa apa. (ohh, perkara biasa bagi remaja.)macam mana lah dia boleh menceriakan saya dalam sekelip mata. mcm mana lah dia boleh buat saya tersenyum bahagia. dan banyak lagi macam mana, bagaimana, dan kenapa. macam biasa. saya tetap menjawab dgn tenang dan bersahaja. oh, tidak lupak dengan senyuman yg sentiasa saya ukir walau tidak semanis mana. kenapa menjawab dengan tenang dan senyuman? kerana saya tahu walau dgn senyuman yg tidak seberapa, saya tetap boleh buat hati org tenang apabila beramah dan selesa apabila memandang. itu sahaja. :)
sesungguhnya, mereka tak tahu bagaimana hubungan saya dgn si dia. mereka tak tahu bagaimana rasa sayang saya dgn nya. mereka tak tahu bagaimana saya menjaga hati nya. mereka tak tahu semua. yang mereka tahu, apa yg mereka lihat. itu sahaja. kerana itu lumrah manusia. kita tahu menilai apa yg kita nampak. tapi tahukah kita apa yg berlaku disebalik mata kasar kita apabila menilai ? oleh itu, jangan terlalu yakin dengan penilaian mata kasar. kita sebenarnya tak tahu apa yg sedang berlaku di belakang, di kiri, di kanan mahupun di depan mata. nahh. kalau tidak, mana timbulnya quote yg berbahasa english berbunyi "don't judge a book by it's cover" .apa ? benda yg nyata ? haha. bukanlah bermaksud saya menidak-kan benda yg telah nyata. tidak~ kalau memang sudah terbukti semua, terserah anda untuk menilai. tetapi jika bukti belum cukup kukuh, berjaga-jaga ya. kerana apa ? "kerana mulut, badan binasa." :)
oh. sebelum saya lebih jauh terpesong, biar saya kembali ke tajuk asal. jom saya perkenalkan dgn buah hati saya. :)
::::
:
:
:
:
::::
:::::::::::::::
:)







:) dialah buah hati saya. nama dia Nur Qurratul Ain. lahir pada 13 ogos. kalau ikutkan, kami punya banyak gambar bersama. tapi, cukup lah dulu ya ?
oh ya, terima kasih kepada follower baru. maaf ya. saya baru mengaktifkan kembali blog saya. lama terbiar kerana banyak urusan yg perlu diselesaikan sebelum ini.kenapa bahasa yg digunakan hari ini tidak seperti biasa ? sebabbbbbkalau hari2 guna bahasa yg sama, bosan la kan ? maaf kalau bahasa saya kadang2 sukar untuk difaham.kenapa ? untuk anda semua berfikir apa sebenarnya yg ingin saya sampaikan. itu sahaja. :)
oh yaaaa. dan tidak lupa juga kepada pembaca setia. tidak kiralah pembaca baru atau pembaca lama. thank you !
so, sampai di sini.selamat membaca dan selamat beramal ! :)

3 comments:
comel buah hati awk..:)
muka sama..cute
sis ila : wehehe. sama ek ? anak buah . thank you. :)
miss amal : thanks :)
Post a Comment